Ramai orang membicarakan pasal harga rumah yang tinggi hari ini

Ramai orang membicarakan pasal harga rumah yang tinggi hari ini. Ramai antara kita yang menyatakan bahawa dengan harga rumah hari ini, hanya warga asing yang mampu membelinya - rakyat hanya mampu melihat.
Seorang kawan aku - melayu Islam, telah membayar lebih 1 juta TUNAI untuk membeli 2 biji rumah di Zetapark tahun lepas dan kelmarin berhasrat melabur membeli 2 rumah lain bernilai lebih 1 juta lagi.
Kita menilai kemampuan rakyat keseluruhan dengan duit dalam poket kita dan kemampuan kita semata-mata. Walhalnya sebahagian besar rumah-rumah mewah yang diiklankan telah habis terjual rata-rata kepada rakyat Malaysia sahaja.
Bukan semua warga asing BOLEH membeli rumah di Malaysia, sebagai contohnya hanya hartanah bernilai RM1 juta seunit boleh dibeli oleh warga negara asing di Kuala Lumpur, manakala hartanah di Selangor pula hanya yang bernilai RM2 juta boleh dijual dan dimiliki oleh warga asing dan jika dengan status Malaysia My Second Home, hartanah bernilai RM1 juta keatas sahaja boleh dimiliki oleh warga asing dalam Zon 3 di Selangor, manakala Kawasan Utama di Zon 1 dan 2 bernilai minima RM2 juta.
Bagi Warga negara asing dengan status Malaysia My Second Home, margin pembiayaan bank adalah sehingga 80% dan tanpa MM2H, hanya 70% margin pembiayaan bank.
Dan tanpa kita sedari, banyak syarikat-syarikat melabur dalam industri hartanah seperti membeli bangunan komersil atau perumahan untuk dijadikan aset yang boleh dicairkan sekiranya diperlukan.
Malahan, banyak syarikat membeli rumah untuk dijadikan kediaman expatriate warga asing yang berkhidmat untuk syarikat mereka. Lebih menguntungkan berbanding menyewa rumah kerana hartanah adalah aset.
Aset-aset ini dengan mudah boleh dicagarkan untuk mendapatkan kemudahan bank seperti bank guarantee, overdraft malahan pinjaman tunai untuk membantu perniagaan.
Sesetengah orang mengetawakan pembelian kondo bernilai 10 juta oleh NFC, tetapi mereka tidak tahu bahawa dengan aset tersebut, perniagaan kita mampu memperolehi sehingga 3 kali ganda nilaian kemudahan bank untuk melancarkan lagi perniagaan.
Mungkin ramai rakyat yang tidak mampu membeli rumah mewah, tapi tanpa kita sedari, ramai rakyat yang diam-diam dah beli rumah mewah tersebut. Jangan pandang rendah rakyat Malaysia....
25/02/2019
4 Komen:
Zamrin Hamzah
25-02-2019, 02:05:27
Diam2 rakyat Malaysia kaya.
Hanee Rahim
25-02-2019, 02:05:27
Itu betul jugak. Tetapi majority tak mampu.
Azanisham Samat
26-02-2019, 04:25:39
Jangan lupa... JUMLAH minoriti tu semakin bertambah...
Korie Darus
26-02-2019, 04:25:39
Excellent bro....mantap...

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *