Ramai terima mesej yang cukup mengelirukan rakyat dan bersangka buruk bahawa Bajet 2019 yang baru diumumkan oleh YB Lim Guan Eng memperuntukkan 271 billion untuk Malaya manakala Sabah hanya dapat 5 billion dan Sarawak 4 billion

Ramai terima mesej yang cukup mengelirukan rakyat dan bersangka buruk bahawa Bajet 2019 yang baru diumumkan oleh YB Lim Guan Eng memperuntukkan 271 billion untuk Malaya manakala Sabah hanya dapat 5 billion dan Sarawak 4 billion.
Ini bukan sahaja tidak betul, tapi ia seolah-olah membodohkan rakyat Sabah. Saya akan perjelaskan.
Anggaran perbelanjaan kerajaan persekutuan 2019 ialah RM314.5 billion. Ia dibahagikan kepada dua bahagian:
- Perbelanjaan Mengurus: 259.8 billion
- Perbelanjaan Pembangunan: 54.6 billion
Saya hairan mana figure diorang dapat 271 billion? Itu perbelanjaan mengurus atau pembangunan? Jelas sekali, ini merupakan satu sangkaan jahat dan tuduhan yang tidak berasas.
Dalam ucapan Menteri Kewangan, Sabah diperuntukkan 5 billion dan Sarawak diperuntukkan 4 billion. Itu adalah dari perbelanjaan pembangunan iaitu keseluruhannya 54.6 billion. 5 billion dari 54.6 billion untuk Sabah sememangnya tidak mencukupi tapi itu tidak bererti Malaya ambil baki semua.
Sebenarnya, Sabah dapat hanya 4.1 billion pada tahun 2018 dalam Bajet Barisan Nasional dan Najib. Sabah dapat lebihan 1 billion dalam bajet kerajaan baharu. Saya beri dua contoh yang dinyatakan dalam buku bajet:
1. Bajet untuk Bekalan Elektrik Luar Bandar Sabah dinaikkan dari 181.8 juta pada 2018 ke 430 juta pada 2019. (Lebih dua kali ganda!)
2. Bajet Bekalan Air Luar Bandar Sabah dinaikkan dari 129 juta pada 2018 ke 295.5 juta pada 2019.
Itu jelas menunjukkan bahawa Sabah dapat lebih banyak berbanding dahulu. Jangan mudah-mudah dikelirukan. Orang yang cuba buat sangkaan jahat ini main tipu kerana mereka ingat kamu tidak faham baca buku bajet.
Ok. Apa terjadi perbelanjaan mengurus 259.8 billion? Adakah semua ini disalurkan ke Semenanjung Malaysia? Tidak.
Sebahagian besar dari perbelanjaan mengurus ialah emolumen (gaji) dan bekalan kemudahan pejabat. Untuk semua kakitangan kerajaan dan penjawat awam termasuk guru-guru dan doktor-doktor kita. Ia tidak dikategorikan ke mana-mana negeri. Kerana guru-guru yang dapat gaji sememangnya dari seluruh negara. Ertinya perbelanjaan mengurus 259.8 billion ini Sabah pun dapat.
Jangan lagi ditipu dan dikelirukan. Semua fakta ada di laman web kementerian kewangan Malaysia treasury.gov.my
Sila sebarkan. Gunakanlah fakta yang benar! Orang Sabah bukan senang-senang kena tipu.
08/04/2019
1 Komen:
Mazlan Ampuri
08-04-2019, 02:08:07
Itulah pakar ekonomi cytro GBS

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *