RUU355 Ironinya saya menyokong pindaan akta ini diusulkan dan seterusnya dapat dilaksanakan di negara ini kerana usaha ini tujuannya adalah untuk memartabatkan peranan mahkamah syariah dalam menjatuhkan hukuman yang lebih berat kepada pesalah yang beragam

[RUU355]
Ironinya, saya menyokong pindaan akta ini diusulkan dan seterusnya dapat dilaksanakan di negara ini kerana usaha ini tujuannya adalah untuk memartabatkan peranan mahkamah syariah dalam menjatuhkan hukuman yang lebih berat kepada pesalah yang beragama Islam sekaligus dapat membentengi masyarakat Islam daripada melakukan maksiat dan kesalahan. Ianya satu usaha yang baik dan perlu diberikan sokongan bagi merealisasikan pindaan ini.
Namun begitu, saya agak kurang bersetuju sekiranya kita terlalu memberi perhatian dalam mengetatkan hukuman dan melaksanakan undang-undang tapi dalam masa yang sama masyarakat Islam hanya patuh terhadap akta ini ketika di dalam negara sahaja. Di dalam mendidik masyarakat, penguatkuasaan undang-undang bukanlah jalan terbaik. Penguatkuasaan undang-undang atau perlaksanaan hukum Islam adalah jalan yang paling terakhir dalam konteks mendidik manusia. Tambahan pula sekiranya pelaksanaannya tidak mengikut syariat, maka akan berlaku kezaliman dan penindasan.
Jalan yang terbaik dalam mendidik masyarakat Islam hari ini yang saban hari semakin teruk dan lemah, adalah melalui penyucian hati 'tazkiyatun nafs', muhasabah diri, contoh tauladan yang baik 'qudwah hasanah', dakwah bilhikmah dan tarbiah yang berterusan. Mungkin ramai yang menyangka bahawa kaedah ini sukar untuk diaplikasikan dan memakan masa yang lama bahkan ada yang menyangka mustahil ianya dapat dilaksanakan. Tetapi, percayalah, kaedah inilah yang paling berkesan di dalam mendidik masyarakat. Didikan itu pula bermula dari dalam diri sendiri, kemudian kepada keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan akhirnya kepada masyarakat. Sejarah pun telah membuktikan.
Justeru itu, di dalam kita bersemangat di dalam mempromosikan sokongan terhadap pindaan RUU355 ini, para penyokongnya perlulah mempunyai ilmu dan tidak hanya terikut-ikut atau kerana semangat sahaja. Perlu diketahui bahawa pindaan ini adalah suatu usaha yang baik tetapi perlu kita terima realiti bahawa dengan penguatkuasaan undang-undang ini masih tidak mampu membendung gejala maksiat yang berlaku hari ini apatah lagi ianya pasti akan berlaku pengecualian pengenaan undang-undang terhadap pemerintah. Jadi, ianya tetap berlaku diskriminasi. Apakah jaminan ianya akan berlaku adil selagi para pemimpin pun belum berlaku adil? Adakah kita sendiri juga telah berlaku adil?
Kemudian, janganlah mempolitikkan agama tetapi mengagamakanlah politik itu. Barulah nampak bahawa Islam itu indah kerana politik yang digariskan oleh Islam, natijahnya membawa kasih sayang dan bukan perpecahan.
Beradablah. Yang menyokong tak perlu memperlekehkan yang tidak menyokong dan begitulah sebaliknya. Semoga kita semua sentiasa dibentengi daripada fitnah-fitnah mempergunakan agama di akhir zaman ini.
Wallahu'alam.
Tazkirah sebelum solat Jumaat. Haha.
09/05/2019
2 Komen:
Ahmad Syahmi
09-05-2019, 02:07:38
Betul. Sepatutnya umat islam malaysia melazimi Pes 2017 supaya terselamat daripada kemungkaran luar rumah/asrama. Haha
Muzaffar Syah Mallow
09-05-2019, 02:07:38
Diriku hanya menyokong RUU pengharaman rokok, tiada yg lain, sekian...

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *