Salam takziah saya kepada semua keluarga mangsa kemalangan di Pitas Sabah

Salam takziah saya kepada semua keluarga mangsa kemalangan di Pitas Sabah. Semoga tabah menghadapi dugaan. Sabah kehilangan aset modal insan masa hadapan disebabkan oleh kelemahan kerajaan menyediakan infrastruktur awam yang baik di Sabah.
(Tolong jangan khutbahkan kepada saya soal takdir. Kita bercakap soal perkara yang boleh dielakkan jika kita lakukan perkara betul).
Boleh dikatakan semua jalan utama di Sabah mempunyai lubang yang sangat membahayakan pengguna jalanraya. Sudahlah di Sabah kempunan keretapi laju seperti di Malaya, jalanraya pun daif. Malang sungguh!
See Translation
19/03/2019
28 Komen:
Sylvia John
19-03-2019, 02:04:18
Bila kita komplen, kumpulan talibarut penjajah ni akan viralkan kita dan lebih teruk lg, membuat laporan polis krn ia dikatakan menyebarkan berita palsu. Hairan jugalah, cepat juga tindakan diambil. Tp realiti kemudahan di SS ni mereka tak ambil kira. Ckp sj dgn kumpulan talibarut penjajah, mereka tu tak mati, cuma berlakon ja. Pasti mereka pun akan marah kita balik sb kita ni takkan puas hati sampai bila2x walaupun tanggungjwb sudah dijalankan kononnya. Tp betul ke mcm tu? Lebih menyedihkan talibarut ni terdiri drp anak2x muda kita, golongan belia yg memimpin negara. Lihat betapa pintar dan liciknya penjajah membasuh otak anak2x muda kita sehingga mereka menidakkan realiti yg berlaku spt ini.
Andy Anderias
19-03-2019, 02:04:18
Saya baru balik dari Sdkn, jln memang teruk antara Ranau-Telupid, Telupid-Sdkn.. Saya membawa murid utk ptndgan d Sdkn.. Syukur kami selamat pergi Sdkn dan balik ke KK..
Ayah Fira
20-03-2019, 04:33:45
Btl tu...
Anthony Tibok
20-03-2019, 04:33:45
Ini yg bikin saya fed up dan gerigitan bah Tuan Nim Yorza, tapi orang2 Sabah ramai lagi yg tidak sedar2 dan terus menyokong subjugasi dan penjajahan negara Sabah oleh Malaya bah kan?
Jmalizan Jm
21-03-2019, 04:49:06
Antara tugasan kpd kita yg dah sedar ni menyedarkan belia2 supaya mengakhiri penjajahan gaya baru, kita dijajah dibumi sendiri??
Anthony Tibok
21-03-2019, 04:49:06
Betul itu Tuan Andy Anderias, saya juga 2 minggu lalu melalui Jln kota Marudu-Ranau-Telupid-Kunak dan keadaan jalanraya sangat al teruk. Yg bagus sikit adalah di Lahad Datu-Kunak.
Yuslim Yusof
22-03-2019, 04:22:57
Kemalangan pasal apa tu bro?
KevinMancity De Sergio
22-03-2019, 04:22:57
pasal jalan berlubang membuatkan kereta hilang kawalan.
Yuslim Yusof
23-03-2019, 04:25:01
Owh..alala....
Lorenna Renna
23-03-2019, 04:25:01
Salam takziah..
Mas Mda Xsgb
24-03-2019, 04:23:15
Setuju, banyak benar perlu dinilai semula.Ketahanan jalan raya di Sabah memang ditahap mengecewakan
KevinMancity De Sergio
24-03-2019, 04:23:15
jalan raya kawasan kk bnyk lubang.. lubang2 jln boleh menyebabkan kemalangan... mana nampak kalau malam..
Yakub Uton
25-03-2019, 04:19:10
Kualiti jalan di Sabah amat rendah, jalan Tuaran-KK by-pass dari Masjid IAB hingga ke Jejantas kereta (Fly-over) selepas hujan baru-baru ini, apabila memandu kereta seakan-akan kita menunggang kuda.
Maklin Masiau
25-03-2019, 04:19:10
7 jam bersama 4 keluarga mangsa d hospital cukup utk mmbawa hati merasakan kesedihan mereka. Apatah klu terkeluar perkataan " hnya dia lagi harapan kmi" dri mereka....
Nim Yorza
26-03-2019, 04:16:13
Sedih sekali.
Yakub Uton
26-03-2019, 04:16:13
Kualiti jalan di Sabah amat rendah, jalan Tuaran-KK by-pass dari Masjid IAB hingga ke Jejantas kereta (Fly-over) selepas hujan baru-baru ini, apabila memandu kereta seakan-akan kita menunggang kuda.
Razali Danis
27-03-2019, 04:15:03
Mana diorang peduli jalanraya ini, sebab kalau diorang melawat ke sesuatu tempat guna helikopter bukan guna jalanraya.
Musah Baliu
27-03-2019, 04:15:03
Sy setuju! Jl.raya sbh sgt jauh ketinggalan berbanding malaya. Sbh sst kaya has tp negeri paling miskin. Sudah sgt lama kt dah beri peluang, tp itu2 jg...bila lg org sbh ni sedar?..?
Justin Lusah
28-03-2019, 04:11:50
Jalan raya kakal mewah lubang sini sana Jadi berkati hati lah ketika memandu biar lambat asalkan Selamat. Pandu cermat jiwa Selamat.
Elvis Buing
28-03-2019, 04:11:50
Kalau ikut jalan tenom- sipitang lagi la teruk. Boleh memukat sdh d tengah jalan?
Yakub Uton
29-03-2019, 04:11:03
Jalan PITAS -Nangoh lebih teruk.
Farida Idah
29-03-2019, 04:11:03
slm takziah.semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian yg menimpa
Rodiah Hj Said
30-03-2019, 04:10:43
Yg pasti jalan semakin teruk tapi kontraktor tukang bikin jalan semakin tinggi naik taraf hidup. Ibarat bikin jalan sepenggal saja boleh bina sebuah rumah banglo
Kinut Joseph Gaubi
30-03-2019, 04:10:43
Betull,,,bulan lalu,,sempena HARI POTENSI KANAK2 KEMAS di sandakan,,hantar budak,,,jalan ranau telupid beluran sandakan,,,teruk tu jalan.BERKURAP DAN BERBONGOL DI TENGAH JLN SEPANJANG JALAN.....PADAHAL ITU JALAN KIRIKANAN SAWIT JE..MANA HASIL TU SAWIT...SEMUA PIGI SEBARANG...EMMMMMMM
Ulong Rizam Lyna
31-03-2019, 04:11:12
Betul tu bossss....sukung
Iseul 'Sapphire
31-03-2019, 04:11:12
RIP
Marlaya Mar
01-04-2019, 04:11:54
Hihi... jalan utama kenibungan ke pitas bukan teruk sangat... saya selalu ke kenibungan...jalan dah bertar... tapi kalau jalan utama ke sandakan tu sebelum Paitan walau dah berta tapi sudah rosak...driver terpaksa jalan macam siput...
Musram Rakunman
01-04-2019, 04:11:54
Punca speeding. Bukan,kerana terlanggar lubang. Siasatan 500m sebelum dan selepas lokasi kejadian tiada lubang. Avanza dgn 9 penumpang, lebih had limit, jika laju, tidak seimbang.

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *