SATU RENUNGAN Ada terbaca satu post yang menyangkal kenyataan bahawa ekonomi negara dalam keadaan baik

SATU RENUNGAN
Ada terbaca satu post yang menyangkal kenyataan bahawa ekonomi negara dalam keadaan baik.
Post tersebut menyatakan bahawa rakyat negara ini berkasta-kasta dengan kasta tertinggi adalah terdiri daripada mereka yang memakai Lamborghini dan Ferrari sedangkan kasta terendah adalah terdiri daripada mereka yang hanya mampu memakai motor kapcai.
Sebenarnya "kasta" yg penulis ini maksudkan telah wujud sebelum merdeka lagi. Ianya bukan perkara baru. Seingat saya, pada tahun-tahun 70an dulu pun ada golongan yang mampu pakai Mercedes dan ada yang hanya mampu berbasikal. Ini adalah lumrah di negara-negara yang mengamalkan sistem kapitalis di mana setiap rakyat mempunyai hak dan peluang untuk mencari dan mengumpul kekayaan.
Untuk lebih adil, perlu dinyatakan juga bahawa kadar kemiskinan sekarang jauh lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelum ini apatah lagi jika dibandingkan dengan tahun 1970 di mana kadar kemiskinan ketika itu adalah sekitar 49%. Untuk makluman, kadar kemiskinan pada tahun 2016 adalah 0.4%.
Kewujudan media-media sosial juga adalah faktor yang membuatkan ramai orang terasa miskin apabila mereka membandingkan diri mereka dengan sahabat2 mereka yang lebih bernasib baik yang memaparkan gaya hidup mereka yang mewah.
Walaubagaimanapun, "expectation" atau harapan rakyat sekarang semakin tinggi. Contohnya, ramai yang menganggap mempunyai smartphone bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan.
Ini merupakan satu realiti yang harus diterima dan merupakan satu cabaran terhadap kerajaan. Sekiranya kerajaan mengharapkan rakyat lebih produktif di zaman sekarang yang lebih mencabar, rakyat juga berhak untuk meningkatkan piawaian mereka tentang apa yang dimaksudkan sebagai miskin, selesa dan mewah. Miskin bukan lagi bermakna berpakaian compang-camping seperti tahun-tahun 60an dulu.
Amatlah tidak adil dan menasabah sekiranya dalam keadaan ekonomi berpendapatan tinggi, rakyat terpaksa bekerja berhempas pulas sehingga 12 jam setiap hari untuk mempertahankan taraf kehidupan seperti sebelumnya. Di negara Jepun misalnya, ramai yang terpaksa melakukan 2 pekerjaan selama 12-16 jam setiap hari untuk kelangsungan hidup. Maka tidak hairanlah kadar insiden bunuh diri di negara itu tinggi.
Jadi, membuat kenyataan bahawa ramai rakyat yang bercuti ke luar negara membuktikan ekonomi negara dalam keadaan baik juga adalah tindakan yang kurang bijak. Begitu juga apabila mengatakan bahawa ramai yang beratur untuk membeli tudung yang harganya RM300 menunjukkan rakyat hidup senang.
Dalam zaman informasi di hujung jari, "expectation" atau harapan rakyat semakin tinggi adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Ini merupakan satu cabaran baru terhadap sesiapa yang memerintah.
See Translation
28/05/2019
1 Komen:
Norbaini Hassan
28-05-2019, 02:05:54
soklan... benchmarking apa nak pakai...

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *