Selesai kuliah saya duduk hadapan hidangan yang disediakan bersama ahli jamaah yang lain

Selesai kuliah, saya duduk hadapan hidangan yang disediakan bersama ahli jamaah yang lain. Dalam pada itu, pengerusi taman bersuara; "benar ustaz zaman sekarang ramai orang bijak-pandai, berjawatan elok tetapi tidak pandai menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling. Bila kita ajak ke kenduri, majlis doa selamat dan berjamaah di surau taman mereka beri alasan anak-anak mereka masih kecil".
Beliau menambah; "Baru ni ada satu keluarga taman ni, langsung tak nak bergaul sehingga berlaku satu peristiwa dimana adik-beradiknya datang serahkan ibunya yang uzur untuk dijaga. Ditakdirkan Allah SWT ibunya meninggal dunia, waktu itu dia tidak tahu apa nak buat, akhirnya tebalkan muka datang jumpa jk surau taman mohon bantuan. Sudah urusan jenazah, dia jemput orang taman datang tapi ramai yang tidak datang. Kita ajk surau sajalah yang bantu".
Begitulah ramainya diluar sana. Bila ada kematian baru nak kenal jk surau atau masjid. Masa senang ramai yang buat sombong, hospital mereka boleh bayar, makan minum mereka ada duit tetapi nilai perhubungan tiada harganya untuk dibayar. Kita ada duit tidak dapat beli semua perkara.
Ramai yang yakin, ada duit semua beres. Salah pemikiran sebegitu. Jagalah hak jiran, hak sesama muslim dan hubungan sosial.
Bagi seorang muslim itu tanda keimanan dan ketaqwaan. Barangsiapa beriman kena peduli perihal sesama muslim dan memuliakan hak mereka. Orang yang tidak hirau hal orang lain dipanggil "kera sumbang" bukan beerti orang bijak dan banyak wang.
See Translation
08/05/2019

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *