Surat terbuka buat haters Saya disini dengan penuh kepelikkan merasa anda mempunyai banyak masa untuk menge stalk post post saya dan memproses idea yang negative serta menggunakan tenaga jari untuk menaip kata kata negative

Surat terbuka buat haters,
Saya disini dengan penuh kepelikkan merasa anda mempunyai banyak masa untuk menge-stalk post-post saya dan memproses idea yang negative serta menggunakan tenaga jari untuk menaip kata-kata negative.
Fuh. Memikirkan hal sebegini pun dah buat kening saya berkedut dan otak pun stress. Gigi pun semakin jarang.
Ya kalau kita ni suka kata kat orang, mencebik dengan kesenangan orang, menjuih bibir dengan kecomelan orang, memusuk perut dengan kebahagian orang, diri kita akan dimakan tua. Muka nampak kusam. Muka nampak hitam. Sebab kita selalu fikir yang tak baik.
Saya percaya anda si haters, adalah orang yang memang tidak cukup kasih sayang, penuh dengan perkara yang cukup negative, selalu fikir keburukan saja, anda juga sangat defensive dan tidak suka menerima kritikan orang lain. Betul kan? Alahai haruslah tak mengaku.
Tapi anda, anda ni tak rasa stress ka tiap-tiap hari? Saya seminit pun dah rasa peritnya. Dasat sungguh antibodi anda ini.
Anda si haters, ada baiknya berubah... Berubah bukan kerana saya tapi kerana DIRI SENDIRI. Bawa diri ke ambang yang positive.
Bawa diri dikedudukan dimana semua orang suka dengan anda. Di online atau di offline. Maniskan mulut dan jari. Mula mula susah tapi lama lama anda akan disukai orang, hatta kucing kat kedai makan pun akan datang kat anda. Tu tandanya anda baik hati.
Anda... Jangan sesenang memberi tomahan sebab semua ni bakal dihisab. Ok ok jangan cerita bab agama. Satgi saya kena kecam lagi.
Pointnya disini, saya simpati dengan awak. Saya juga empati dengan awak. Ubahlah kehidupan dan minda agar bebas dari belenggu kemelesetan dan lingkaran serabut yang tak kesudahan ni.
Belajarlah untuk TUMPANG BAHAGIA dengan kebahagian orang lain. Jangan dengki mendengki. Sebab saya pernah lalui dah semua ini. Saya pernah busuk hati dengan kesenangan orang lain. Akhirnya saya yang down. Saya yang benci dengan diri sendiri. Saya tak boleh MOVE ON.
Last last SAYA TEKAD BERUBAH. Saya kerapkan senyum dan berfikiran lebih terbuka. Yaa! Sekarang saya lebih bahagia. Lebih bebas berfikir. Lebih ceria. Saya dah tak dibelengu dengan perkara negatif yang saya cipta sendiri.
Jadi, sudah sudah la ya. Kita berdamai. Saya maafkan semua haters yang meluat dan bakal meluat dengan saya sempena hari ni hari Isnin.
Kak Finas
Dari dulu sampai lani, macam ni la haaa...
09/10/2019
2 Komen:
HaJar RaMli
09-10-2019, 14:52:19
Poit??hang jangan pelik pelik tan
Saffinas Abdullah
09-10-2019, 14:52:19
Kat mana tu?

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *