Tahniah kepada Pakatan Harapan dan Bersatu yang telah bersetuju menjalin kerjasama politik

Tahniah kepada Pakatan Harapan dan Bersatu yang telah bersetuju menjalin kerjasama politik. Di bawah ialah petikan penulisan saya berkaitannya yang keluar dalam edisi terkini Suara Keadilan:
"Pakatan yang diwujudkan atas asas sempit perkauman seperti BN sudah tidak mampu malah terbukti gagal membela nasib rakyat dan menjulang negara dengan penuh gemilang. Belum pernah Malaysia tersohor bukan kerana keilmuan, kejujuran pemimpinnya atau prestasi ekonominya yang hebat tetapi kerana terpalit dengan pelbagai skandal rasuah dan penyelewengan. Perdana Menteri dan Pengerusi BN terpalit tetapi apa parti-parti dalam BN telah lakukan atau boleh lakukan?
Sebab itulah kesatuan politik di antara Keadilan, DAP, Amanah dan sekarang Bersatu yang berasaskan tujuan besar (meletakkan pembangunan, pembelaan dan penyatupaduan rakyat pelbagai kaum mengikut peruntukan dan semangat Perlembagaan Persekutuan) tadi dan bukan tujuan sempit kuasa, kaum atau apa juga amatlah penting. Ia merupakan pra-syarat kepada sebuah pakatan politik yang bersatu padu, progresif, dan kuat yang boleh membangun dan membela rakyat. Ia bakal menjanakan kekuatan yang unik daripada setiap parti dalam PH dan Bersatu bukan sekadar untuk menumbangkan Umno-BN dalam PRU-14 tetapi lebih penting lagi, mentadbir kerajaan dan negara berasaskan kesejahteraan rakyat dengan seadil mungkin merentas batasan bangsa, menembus sempadan agama dan budaya serta melintas ruang dan zaman."
See Translation
09/03/2019

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *