TAHNIAH Sebenarnya ramai sahabat2 yang memberi kami informasi2 dan ada juga keluarga itu sendiri meminta bantuan selepas saudari Sopeah JessiCa NOn aka peah memuat naik di FB dalam usaha beliau menjejaki keluarga yang kurang kemampuan untuk program KeSiMa

TAHNIAH
Sebenarnya ramai sahabat2 yang memberi kami informasi2 dan ada juga keluarga itu sendiri meminta bantuan selepas saudari Sopeah JessiCa NOn aka peah memuat naik di FB dalam usaha beliau menjejaki keluarga yang kurang kemampuan untuk program KeSiMa "Jom Ke Sekolah" hujung bulan ni.
Demi Allah yang maha mengetahui, hati kami sebenarnya tidak sanggup menolak permintaan mereka untuk mendapatkan bantuan.
Tapi apakah daya kami, dengan tabung dan dana yang terhad kami tidak dapat untuk membantu kesemua mereka.
Tapi dengan usaha saudari peah, kami akhir dapat membantu sedikit sebanyak saudara2 kita yang memerlukan dengan cebisan2 dana yang ada.
Beberapa pasang pakaian sekolah telah diagihkan kepada sebuah keluarga di pantai timur dan sebuah rumah anak yatim dan asnaf yang bagi kami amat memerlukan.
Ucapan tahniah ini saya sampaikan kepada rakan2 kuat saya yang tidak jemu membantu saya dalam usaha mencari saham akhirat.
Insyaallah kami hanya merancang dan membantu tetapi Allah yang menentukan segalanya.
#KeSiMa
#FirdausAlong
See Translation
30/04/2019

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *