Tarbiah Imaniyah aqidah itu berlaku dgn ilmu amal jihad dan ujian secara serentak

" Tarbiah Imaniyah (aqidah) itu berlaku dgn ilmu, amal, jihad, dan ujian secara serentak. Adalah tidak benar mereka yang menangguhkan masanya untuk melibatkan diri dengan perjuangan Islam kerana ingin mencari ilmu, harta dan menguatkan iman terlebih dahulu."
-Tuan Guru Datuk Seri Hj Hadi Awang dlm Tarbiah Islamiyah Harakiyah Aplikasi dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS)
#######
Ada orang kata ayat ni pendek akal sebab memahami mencari ilmu, harta dan menguatkan iman bukan sebahagian perjuangan Islam.
Kamu tu yang kurang taammul!
Perkataan yang hampir maknanya, jika berkumpul dalam satu ayat memberi makna berlainan, namun jika hanya satu perkataan dari kolektif tersebut digunakan maka selalunya ia membawa semua makna-makna yang berkait dengannya.
Maka kena jelas, bila disebut bertangguh untuk melibatkan diri dengan perjuangan Islam kerana ingin mencari ilmu, harta dan menguatkan iman terlebih dahulu, bukan bermaksud menafikan ketiga-tiga aspek ini dari perjuangan Islam.
Adakah orang yang belajar kewajipan menunaikan haji, rukun-rukunnya dan manasiknya bermaksud dia telah melaksanakan haji seluruhnya? Betul belajar itu sebahagian dari amal, tapi perlu sedar amal sebenar ialah menunaikan hak-hak apa yang dipelajari.
Dan antara yang dipelajari ialah wajib buat semua yang Allah perintah dan wajib tinggal semua yang Allah larang.
Maka dalam ayat di atas jelas menyatakan tidak dikira menegakkan Islam, jika hanya kerjanya mengumpulkan ilmu memikul di atas belakang bak himar (rujuk ayat 5 surah al-Jumu'ah) tidak melaksanakan hak-hak ilmu yang terpikul itu, tidak berusaha supaya semua perintah Allah dilaksanakan dan supaya larangan Allah ditinggalkan, maka amalan ini masih tidak dikira perjuangan Islam.
Titik!
#UP
#MalaysiaSejahtera
#Jombalikmengundi
See Translation
18/03/2019
1 Komen:
Ibnu Mohamad Nor
18-03-2019, 02:05:06
Contoh jika ayat di asingkan, kalau kita sebut, mengumpulkan harta sebahagian dari perjuangan Islam.Hakikatnya cari harta(nafqah) tetap mesti mencari ilmu untuk menambahkan pendapatan itu, dan mesti pula bermujahadah gigih berusaha.Tapi adakah patut, kita samakan menuntut ilmu adalah mencari nafkah? Tidak sama sekali. Bila bergabung kedua-dua item ini dalam satu ayat, maka masing-masing item akan membawa makna masing-masing yang bakal kita fahami.

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *