UMAT ISLAM DAN DUNIA AKHIR ZAMAN Di akhir zaman umat Islam ditindas dipermainkan dihina disembelih dibunuh dan dirampas hak sewenang wenang lalu bangkitlah sekelompok umat Islam yang mempunyai kesedaran bangkit menentang kezaliman tersebut

UMAT ISLAM DAN DUNIA AKHIR ZAMAN
Di akhir zaman, umat Islam ditindas, dipermainkan, dihina, disembelih, dibunuh dan dirampas hak sewenang-wenang, lalu bangkitlah sekelompok umat Islam yang mempunyai kesedaran bangkit menentang kezaliman tersebut.
Malangnya, kebangkitan ini disekat, dikritik, disindir, dikutuk oleh sekelompok umat Islam yang lain dengan beberapa dalih;
1) Taat dengan pemerintah sekalipun zalim.
2) Husnuzzon dengan orang lain.
3) Bersabar itu lebih baik.
4) Jangan isti’jal (gopoh).
5) Taksub dan Tiada halatuju.
Dan selainnya juga daripada yang tersenarai di atas. Benarlah sabda Nabi SAW, umat Islam di akhir zaman itu ramai, akan tetapi hanya ibarat buih di lautan. Musuh bertepuk tangan kerana wujudnya sekompok umat Islam yang sudah menjadi “lidah rasmi” mereka, dan membantu melambatkan kemenangan Islam.
Siapakah yang menyebabkan kejatuhan Empayar Islam Baghdad? Siapakah yang menjatuhkan khilafah Uthmaniah? Siapakah yang “membunuh” gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia?
Muhammad Mujahid
See Translation
28/09/2019

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *