Usaha meningkatkan taraf hidup kaum Melayu dan Bumi tidak memiskinkan atau mendiskriminasikan kaum lain

Usaha meningkatkan taraf hidup kaum Melayu dan Bumi tidak memiskinkan atau mendiskriminasikan kaum lain. Kita perlu kepada keadilan ekonomi. Keadilan ekonomi yang dimaksudkan adalah tindakan affirmatif berteraskan kesaksamaan (equality) dengan penyusunan sosial tanpa menjejaskan peluang bangsa lain.
Semakin ramai golongan Melayu dan Bumi yang menjadi kelas menengah rendah dan serdahana, semakin lebih ramai kaum kalian yang menjadi menengah atas dan T20.
Semakin ramai bangsa kami yang menduduki Universiti semakin lebih ramai bangsa kamu yang menduduki universiti.
Semakin ramai bangsa kami yang menjawat jawatan profesional semakin lebih ramai pula bangsa kamu yang menjawat jawatan profesional.
Semakin ramai bangsa kami yang bertatih memiliki hartanah dan kediaman semakin mencengkam kuat pula pemilikan hartanah dan kediaman serdahana mewah dan mewah bangsa kamu.
Semakin kami kehadapan semakin jauh kamu meninggalkan kami. Bangsa kamu terlalu jauh dalam penguasaan ekonomi, kewangan, hartanah dan pendidikan.
Semakin berubahnya kami berpolitik semakin kuat pula kuasa politik bangsa kalian.
Islamnya bangsa kami, berbudi dan bertolak ansurnya kami tidak pernah terlintasnya difikiran penguasa kami untuk melakukan tindakan seperti bangsa Eropah dan Russia ke atas Yahudi terhadap bangsa kalian.
Jadi di mananya asasnya bangsa kamu tertindas baik dari segi pendidikan, penguasaan ekonomi, politik dan beragama?
Realitinya kamu semakin menguasai kami. Penguasa politik kami pula banyak yang melobi bangsa kalian untuk meneruskan kelangsungan berpolitik. Jadi dimana asasnya kamu tertindas!
Kenapa perlu bersikap tamak. Tidak cukupkah dengan apa yang telah kalian miliki. Di manakah rasa berkesyukuran kalian? Kami tidak pernah memaksa atau mengharap kalian masuk Islam atau Melayu. Tetapi kami meminta kalian faham kami. Jauh bezanya fahaman bangsa kalian apabila ada yang memasuki Islam dan memahaminya..
27/03/2019

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *