WALLPAPER Q A Berikut merupakan wallpaper Q A bertajuk Pengaruh Ideologi dan Pemikiran yang disediakan oleh Unit Tutorial dan Research Development R D dibawah Unit Pendidikan BKKIMM sesi 2017 2018

[ WALLPAPER | Q& A ]
Berikut merupakan wallpaper Q&A bertajuk "Pengaruh Ideologi dan Pemikiran" yang disediakan oleh Unit Tutorial dan Research & Development (R&D) dibawah Unit Pendidikan BKKIMM sesi 2017/2018.
?Apakah yang dimaksudkan dengan Ideologi?
•Ia bermaksud fahaman, cita-cita,haluan dan aliran pemikiran. Ia juga bukan sekadar pendapat sahaja bahkan akidah yang diperjuangkan dengan bersungguh-sungguh dan penuh pengorbanan.
?Bagaimanakah Ideologi ini boleh meresap masuk ke dalam pemikiran umat islam zaman sekarang?
•Ada penganut masih mengaku beragama islam dan dan mengkaji sedalam-dalamnya ajaran islam. Ada juga yang masih tidak faham, tidak mengerti atau jahil mengenai islam. Paling malang apabila seseorang itu jahil murakkab (Tidak sedar dirinya jahil) tetapi mahu bercakap mengenai islam sehingga terjebak dengan ideologi-ideologi dan berjuang dengan bersungguh-sungguh membelakangkan ajaran islam sendiri.
?Seiring kecanggihan teknologi moden, semakin ramai dikalangan ahli masyarakat tanpa disedari terjebak dalam Ideologi sebegini sehingga mengabaikan hukum-hukum Tuhan. Mengapakah masyarakat semakin berani berbuat demikian?
•Hal ini kerana mereka mendakwa Islam itu tidak sesuai lagi pada zaman ini atau islam itu mesti disesuaikan dengan ideologi dengan membuat perubahan-perubahan berani sehingga menghalalkan yang haram atau sebaliknya.
?Apakah bentuk-bentuk ideologi dan pemikiran yang menyesatkan?
•Memisahkan agama dengan politik
•Membahagikan kelas dengan masyarakat.
•Membentuk pemikiran rakyat supaya mengabdikan diri kepada negara semata-mata
•Kebendaan menjadi dasar penting dalam menentukan kebahagiaan manusia.
?Amerika pusat penyebaran ideologi Lesbian,Gay,Bisexual dan Trasgender (LGBT). Mengapakah ideologi ini ditolak dan diterima oleh sesetengah pihak?
•Golongan ini berkembang kerana mendapat sokongan dari ahli politik serta golongan kapitalis yang mengeksploltasi mereka untuk kepentingan diri. Perjuangan LGBT tidak lebih daripada perjuangan untuk mendapatkan pengiktirafan atas perbuatan terkutuk mereka yang tidak memberikan sebarang manfaat selain hanya memuaskan nafsu songsang golongan ini.Islam mengharamkan LGBT berdasarkan dalil Al-Quran (As-Syu'araa 165-166), (Al-A'raf 80-81)
?Bagaimanakah umat islam harus mendepani masalah ideologi pada masa kini?
•Sebagai umat islam, kita seharusnya mamahami makna iman, islam dan rukun-rukunya serta perkara yang membatalkan secara umum selain mengenali fahaman-fahaman dan mazhab-mazhab berkait dengan akidah agar tidak terjerumus ke lembah kesesatan.
"Mahasiswa Rabbani, Membumi Bakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
#BKKIMMKesatuanKami
#BersamaBersatu
05/04/2019

Tinggalkan Balasan

Tên của bạn *
Email *
Cảm nhận *